26 March 2022

Current Price (2022) for Hafsah Homestay Muar

0 komen/pertanyaan/cadangan

Dear customer,  

We apologies that we unable continue serve you at current price. Due to continuous rising costs from inflation's,  with deeply reluctant, we would like to announce that the current price for Hafsah Homestay Muar will be RM200 per night effective on this 1 April 2022.

 

Thank you for your understanding and support 💓

 Contact us for booking/inquiry.

*Reasonable prices.
☎️ Tel / Message / Whatsapp:01160717341 (Miss Nisa) / 0187760601 (Mr. Zizi)
Email : hafsahomestay@yahoo.com

 


Perubahan harga semasa (2022) Hafsah Homestay Muar

0 komen/pertanyaan/cadangan
Pelanggan yang dikasihi,
 
Kami memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan perkhidmatan harga semasa kepada anda. Disebabkan peningkatan berterusan kos daripada inflasi, kami dengan dukacitanya ingin memaklumkan bahawa harga Hafsah Homestay Muar berkuat kuasa mulai 1 April 2022 ini adalah RM200/per malam.
 
 
Terima kasih kerana memahami dan terima kasih juga atas sokongan anda selama ini 💓
 
Hubungi kami untuk tempahan/pertanyaan.
*Harga yang berpatutan.
☎️ Tel / Mesej / Whatsapp: 01160717341 (Nisa) / 0187760601 (Zizi)
Email : hafsahomestay@yahoo.com

28 October 2019

Scammer Alaf Baru

0 komen/pertanyaan/cadangan
Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

Posting ni bukan bertujuan nak aibkan sesiapa tapi nak uar-uarkan pada semua terutamanya pengusaha-pengusaha homestay untuk berhati-hati dengan nombor 0186644656 atau 0187924212.

Cerita dia begini, nom 0186644656 call saya pada 15 oktober 2019 (in) untuk menginap di homestay saya selama dua hari (out 17 okt). Seperti biasa saya akan meminta gambar ic penginap. Pemilik ic datang membuat bayaran selama dua hari dan kunci homestay berpindah tangan.

Selepas dua hari, 0186644656 kata nak sambung lagi dua hari (out 19 okt) tapi bayaran akan ditransfer terus ke akaun bank. Tetapi selepas tambahan dua hari, tiada bayaran diterima dalam akaun bank. Bila ditanya tentang bayaran, 0186644656 kata nak tambah lagi sehari (out 20 okt) dan akan bayar sekali dengan baki yang lepas namun tiada apa-apa bayaran diterima sehingga kini.

Alhamdulillah tidak berlaku apa-apa kehilangan/kerosakan dalam rumah cuma apa yg saya sesali ialah sikap penginap yang tidak bertanggungjawab malah menyalahguna kad pengenalan orang lain. Pemilik ic hanya digunakan sebagai orang tengah yang akan ambil dan pulang kunci. Hubungan antara 0186644656 dengan pemilik ic cuma berlaku atas dasar perniagaan dan kenalan biasa.

((saya amat faham zaman sekarang ni kalau boleh semua benda kita nak free tapi kepada pemilik nom 0186644656 yang sehingga kini menghilangkan diri dan tidak menjawab panggilan telefon/mesej saya, baki bayaran encik tidak akan kami halalkan. Tak selamatlah hidup encik dunia akhirat))

Saya harap, sekiranya terdapat mana-mana individu yang menggunakan ic seperti yang saya lampirkan pada posting ini untuk menempah homestay tuan/puan, maka ambillah tindakan yang sewajarnya dan perlu bagi mengelakkan salah guna ini berlaku secara berterusan. 

P/S: Untuk makluman tetamu-tetamu Hafsah Homestay Muar, selepas ini kami menggunakan kaedah bas, dimana tuan/puan perlu membayar dahulu bayaran penginapan sebelum menginap atau membuat penambahan hari. 

Sekian, Terima Kasih.



older post